Thursday, 24 March 2016

AKTIVITI ZON AL-URUF




CARTA ORGANISASI ZON AL-URUF



EKSA @ MSWPKL





TAKRIFAN AL-URUF

Definisi Al-Uruf dari segi bahasa:
Takrifan al-uruf dari sudut bahasa arab ialah ma'rifah (pengetahuan) dan maksudnya disesuaikan kepada sesuatu yang ma'ruf dan sikap yang dianggap baik oleh akal yang sejahtera.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: 181) Al-Quran telah menggunakan al-‘urf dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf seperti firman Allah swt:  

Maksudnya: 


“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya).”
 (al-Quran, al-A’raaf, 7:199) 

Definisi Al-Uruf dari segi istilah syarak;

Para ulama mempunyai pelbagai takrifan mengenai al-uruf dari segi istilah, antara takrif tersebut ialah seperti yang dinukil oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam kitabnya daripada kitab ulama-ulama yang terkenal antaranya ialah;

Mengikut Abu Sunnah, al-uruf adalah “setiap yang tetap dalam diri dari sudut pandangan akal dan diterima oleh tabiat yang baik”.

Jurjani pula mentakrifkan al-uruf sebagai “setiap yang tetap dalam diri dengan disaksikan oleh akal dan diterima oleh tabiat yang baik.”

Dan Sayyid Salih Awad mentakrifkan al-uruf itu sebagai “setiap yang tetap dalam diri, dipandang elok oleh akal, diterima oleh tabiat yang baik dan sentiasa dilakukan oleh manusia serta tidak ditolak oleh syarak”.

Menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa’ al-uruf itu sebagai adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada perkataan atau amalan.

Abdul Karim Zaidan mentakrifkan al-uruf sebagai “setiap (perkataan dan perbuatan) yang biasa dalam masyarakat akan menjadi adat serta menjadi ikutan dalam kehidupan.”

(Abdul Karim Zaidan 2004: 201). Al-Uruf juga ditakrifkan sebagai perkara yang tetap di dalam diri manusia dari segi akal fikiran dan diterima baik oleh tabiat yang sejahtera.(Hasan B. Haji Ahmad Dahn, Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2002: 337)