Thursday, 25 August 2016
Thursday, 24 March 2016
TAKRIFAN AL-URUF
Takrifan al-uruf dari sudut bahasa arab ialah ma'rifah
(pengetahuan) dan maksudnya disesuaikan kepada sesuatu yang ma'ruf dan sikap
yang dianggap baik oleh akal yang sejahtera.(Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005:
181) Al-Quran telah menggunakan al-‘urf dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf
seperti firman Allah swt:
Maksudnya:
Maksudnya:
“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya).”
(al-Quran,
al-A’raaf, 7:199)
Definisi Al-Uruf dari segi istilah syarak;
Para ulama mempunyai pelbagai takrifan mengenai al-uruf dari segi istilah, antara takrif tersebut ialah seperti yang dinukil oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam kitabnya daripada kitab ulama-ulama yang terkenal antaranya ialah;
Mengikut Abu
Sunnah, al-uruf adalah “setiap yang
tetap dalam diri dari sudut pandangan akal dan diterima oleh tabiat yang baik”.
Jurjani pula mentakrifkan al-uruf sebagai “setiap yang tetap dalam
diri dengan disaksikan oleh akal dan diterima oleh tabiat yang baik.”
Dan Sayyid Salih
Awad mentakrifkan al-uruf itu sebagai “setiap
yang tetap dalam diri, dipandang elok oleh akal, diterima oleh tabiat yang baik
dan sentiasa dilakukan oleh manusia serta tidak ditolak oleh syarak”.
Menurut Mustafa
Ahmad al-Zarqa’ al-uruf itu sebagai adat orang ramai atau majoriti sesuatu
kaum pada perkataan atau amalan.
Abdul Karim Zaidan mentakrifkan al-uruf sebagai “setiap (perkataan dan
perbuatan) yang biasa dalam masyarakat akan menjadi adat serta menjadi ikutan
dalam kehidupan.”
(Abdul Karim
Zaidan 2004: 201). Al-Uruf juga ditakrifkan sebagai perkara yang tetap di dalam
diri manusia dari segi akal fikiran dan diterima baik oleh tabiat yang
sejahtera.(Hasan B. Haji Ahmad Dahn, Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2002: 337)
Subscribe to:
Posts (Atom)